
Sulit
4 tahun
Salah suntik semada demam
Hai Dr, I was injected a antibiotics injection due to high fever last year around June at clinic nearby my house. The pain is still appearing whenever I have fever. These few months I’m having the same pain at the same place where inject( now the whole leg is pain from the hip to toe) before start my menstrual. May I know is it normal or should I refer to Dr?

4 tahun
Terima kasih atas soalan anda,
Untuk pengetahuan anda, tahap ketahanan seseoramg terhadap rasa sakit adalah berbeza-beza. Lazimnya, kesakitan disebabkan suntikan jarum akan hilang selepas beberapa jam dan paling lama pun berhari.
Untuk makluman pihak anda, masalah sakit pinggang hingga ke kaki boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Masalah pada usus
- Disc hernia
Jika sakit ini berlarutan dan menganggu aktiviti harian anda, kami menasihati anda agar pergi ke mana-mana fasiliti kesihatan terdekat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini ialah keterangan am tentang gejala yang anda hadapi. Terima kasih.