
Sulit
4 tahun
Salam Dr,bolehkah sy tanya jika sy mengambil postinor dgn betul dan sy tidak mengalami sebarang simptom selepas pengambilan ubat tersebut,spt pendarahan 2-3 hari selpas pengambilan,adakah ubat tersebut tidak berkesan?
Sy berumur 30tahun,baru beberapa hari memakai implanon,sy memakan postinor kerana risau implanon sy belum berfungsi,

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pil ini boleh memberi pelbagai kesan sampingan. Antaranya:
- Loya dan Muntah
- Kitaran haid terganggu (haid tidak teratur, haid menjadi sedikit, berpanjangan) Anda mungkin sedang mengalami kesan sampingan tersebut.
Walaubagaimanapun, haid dalam kuantiti yang sedikit (spotting) boleh disebabkan pelbagai perkara:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Saya sangat menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut kondisi anda. Persoalan lanjut masih diperlukan bagi memberi diagnosis yang tepat. Anda juga boleh berbincang dengan Doktor yang memasang implanon ini tentang kesan sampingan implanon.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.