Sulit
2 tahun
Salam.. Nak tanye berkenaan rawatan batin. Ape kesan dan kelebihan ye?
Salam… Nak tanye berkenaan rawatan batin. Ape kesan dan kelebihan ye?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda ingin mengetahui perihal rawatan batin. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara amnya, rawatan batin sering dikaitkan dengan kaedah urut serta ubat tradisional. Terdapat beberapa pandangan dalam bidang perubatan bagi perkara ini.
Pertama sekali, rawatan batin lelaki berkenaan pembesaran zakar serta prestasi hubungan seks adalah tidak benar dan tiada manfaatnya. Hal ini kerana, sehingga sekarang, kajian menunjukkan tiada cara berkesan untuk membesarkan saiz zakar. Manakala masalah mati pucuk, boleh diubati dengan ubat terkawal dari doktor.
Seterusnya, rawatan batin bagi wanita sering diberikan kepada mereka yang baru bersalin atau menghampiri menopause. Antara rawatan batin setelah bersalin yang sering dikatakan perlu adalah bertungku, secara saintifiknya wanita tidak memerlukan rawatan ini. Kerana rahim akan ambil masa dan secara semula jadi akan mengecut. Kemudian, rawatan batin wanita seperti pil mengetatkan faraj juga adalah mitos. Faraj longgar selalunya disebabkan oleh faktor usia dan kelahiran bayi, bukan disebabkan oleh seks yang kerap. Faraj terdiri daripada otot lantai pelvis, jadi kaedah mengetatkannya adalah melalui senaman seperti kegel.
Kesimpulannya, rawatan batin sering bercanggah dan dibuktikan tidak berkesan pada kaedah saintifik. Namun, secara psikologi, rawatan ini memberi ketenangan terutamanya kepada ibu lepas bersalin. Kami menyarankan agar anda mendapatkan nasihat doktor sebelum menjalani rawatan batin.
Anda boleh hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.