
Sulit
4 tahun
Salur darah di mata
Hi dr , saya sorang pelajar . Saya dapati mata saya ada salur darah merah di mata putih. Saya banyak menghabiskan masa di hadapan screen telefon dan komputer untuk kelas online dan menyiapkan tugasan. Adakah ini salah satu penyebab nya. Dan bagaimana cara untuk rawat . Adakah ia berlaku kerana saya kekurangan nutrient seperti vitamin c . Terima kasih .

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, mata memang mempunyai saluran darah dan kebiasaannya orang tidak akan sedar kewujudannya namun begitu saluran darah dalam mata boleh mengembang dan menyebabkan mata menjadi merah disebabkan beberapa perkara seperti:
- melihat laptop, handphone atau cahaya matahari terlalu lama
- habuk masuk dalam mata
- alahan
- mata kering
- jangkitan
- trauma pada mata
Anda mempunyai masalah mata? Usah risau lagi !
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.