Sulit
2 tahun
Salur jantung tersumbat
Hi doktor. Ayh saya bru hbis operation salur jntung, masukkn spring,etc dlm sebulan lebih jgk. So ayh saya lpas operation tu perlu ke bergntung pada ubat lg spnjg hayat dia atau sampai msa trtntu?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui tempoh rawatan ubat-ubatan ayah anda yang baru habis menjalani pembedahan pada jantung, adakah ini betul? Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, rawatan bagi pesakit jantung akan bergantung pada tahap keterukan kondisi seseorang individu. Terdapat individu yang perlu mengambil ubat sepanjang hayat dan ada juga yang hanya perlu mengambil rawatan dalm tempoh yang tertentu sahaja.
Jika tidak mengikut tempoh yang ditetapkan oleh doktor ayah anda, komplikasi atau masalah saluran jantung tersumbat boleh berlaku kembali
Anda boleh berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih