Sulit
4 tahun
Saluran air mata (mata kanan) tersumbat
Saya lelaki berusia 50-an…baru baru ni mata kanan saya menjadi bengkak akibat saluran air mata tersumbat…kerana terlalu sakit menahan bengkak,saya telah ke sebuah hospital swasta…ujian darah menunjukkan saya mempunyai masalah hati…adakah ini benar boleh dikaitkan dengan masalah hati? apa kaedah rawatan yang bakal saya terima? dan berapa pula kos nya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah anda.
Untuk makluman anda, saluran air mata dan hati tiada kena mengena. Kemungkinan kedua-dua kondisi yang anda alami adalah berbeza. Saya tidak boleh terangkan rawatan dan kos yang anda terima kerana maklumat lanjut perlu diketahui. Penyakit hati adalah terlalu umum, dan setiap rawatan penyakit hati adalah berbeza.
Saya menasihatkan anda untuk mendapatkan konsultasi secara terperinci dengan doktor yang merawat anda agar anda boleh sembuh dengn baik.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.





























