Sulit
6 tahun
Saluran pernafasan tersumbat
helo doctor, saya ada masalah dengan hidung tersumbat tetapi tidak mengeluarkan hingus sudah berlarutan seminggu. kadang saya terpaksa bernafas melalui mulut sbb nafas seperti tidak cukup, dan sukar dapat tidur lena sbb terganggu dgn pernafasan. berapa hari ni kepala saya terasa berat dan telinga terasa sedikit sakit. ada masa dada saya pun terasa ditekan bila terlalu kuat menarik nafas. utk pengetahuan doc saya juga ada tonsil bengkak. adakah itu semua itu berkait rapat.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala gangguan pernafasan yang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah tonsil anda, selain itu ia juga boleh disebabkan oleh masalah lain seperti lendiran yang banyak, jangkitan sinus atau jangkitan rongga pernafasan yang lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.




































