
Sulit
5 tahun
Sambungan : Haid tiga (3) kali sebulan
Soalan sebelumnya :
Hi Doc, period saya 2 bulan ni sangat mengelirukan. Pada Bulan Sept, saya telah datang period :-
1st : 3 sept - 8 sept
2nd : 26 sept - 3 okt
Bulan Oktober saya lebih kerap dtg period :-
1st : 14 Okt - 21 Okt
2nd : 30 Okt - Sekarang
Adakah ia normal? kalau dikira melalui bulan, pada bulan Okt saya telah datang period 3 kali dan hanya bersih selama 9-10 hari saja. Saya risau akan apa2 komplikasi. Saya tiada rasa senggugut, dan tiada ambil perancang. Cuma saya telah makan sebiji after sex pill beberapa hari yang lepas kerana kondom bocor.
Minta penjelasan doktor, terima kasih.
Dijawab oleh doktor :-
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Merujuk kepada kitaran haid anda, dapat dilihati disini bahawa kitaran haid anda berlangsung selama
23 hari (3 Sept - 25 Sept)
18 hari (26 Sept - 13 Okt)
16 hari (14 Okt- 29 Okt)
Melihat kepada keadaan diatas, jelas disini bahawa kitaran haid anda datang lebih cepat daripada 24 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara seperti
Masalah ovulasi
Fibroid dan polip
Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
Gangguan pendarahan
Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
Keguguran
Kehamilan ektopik
Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Merujuk kepada pengambilan pil after sex, justeru harus dijelaskan lebih lanjut disini jenis pil apakah yang telah diambil oleh anda. Secara umum, kebanyakan pil after sex berfungsi mencegah kehamilan dengan melambatkan kejadian ovulasi. Hal ini biasanya menyebabkan kesan sampingan berupa perdarahan pervaginam yang mirip dengan haid.
Sambungan – :-
Pill after sex tersebut ialah Escapelle. Saya telah makan 1 biji sahaja 2 hari selepas bersama dimana kondom telah bocor. Saya makan pil tersebut pada 24 oktober, dan pada 30 oktober saya telah datang period/pendarahan. sedangkan saya baru 9 hari bersih dari period sebelum ni.
Untuk makluman sy tiada ambil sebarang perancang melainkan kondom. dan sekali pill after sex di atas sahaja.
Adakah period/pendarahan ini disebabkan pil tersebut?
Mohon penjelasan doktor. terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Escapelle adalah sejenis pil perancang kecemasan yang berfungsi mencegah kehamilan dengan cara melambatkan ovulasi. Harus diketahui bahawa kesan samping yang sering muncul setelah menggunakan Escapelle adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Perdarahan yang dimaksudkan adalah perdarahan dari organ seksual yang biasanya mirip haid.
Sedikit info tambahan, Escapelle adalah sejenis pil perancang kecemasan. Ia bermaksud, anda tidak digalakkan untuk menggunakannya secara rutin. Maksimal penggunaan adalah satu setiap satu kitaran haid. Bagi merancang dan mencegah kehamilan secara teratur, anda digalakkan untuk mulai menggunakan metode perancang kehamilan lain seperti implan, IUD, pil perancang.
Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.