Rosesky

5 tahun

Sangat sukar tidur malam

Saya baru break 2 bulan dan sangat sukar tidur malam. pagi saya rasa sgt penat. Adakah pil tidur selamat utk dimakan?

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Hi. Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.

Gejala ataupun simptom yang dialami anda, iaitu sukar tidur malam dan berasa letih pada waktu siang merupakan antara tanda-tanda anda menghadapi insomnia. Walaubagaimanapun, terdapat lagi punca lain yang boleh membawa masalah yang sama. Perkara yang paling saya risaukan adalah adakah anda mempunyai masalah kemurungan. Bagi mengesahkan perkara ini, adalah dinasihatkan untuk anda berjumpa dengan kaunselor mahupun doktor bagi mengenalpasti masalah ini.

Bagi masalah susah tidur yang anda hadapi, saya menyarankan untuk anda tidak mencuba untuk mengambil pil tidur terlebih dahulu. Kebanyakan pil tidur adalah daripada kumpulan benzodiazepine,iaitu ubat penenang dan antara kesan sampingan ubat ini adalah kadar kebergantungan yang tinggi kepadanya. Dalam erti kata lain, ia boleh menyebabkan ketagihan. Sebelum mengambil keputusan untuk menggunakan pil tidur, and harus berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Terdapat pelbagai cara yang boleh anda dilakukan sebelum memilih untuk makan pil tidur. Satu terma yang dipanggil ‘sleep hygiene’ kebiasannya diguna pakai oleh para doktor untuk mengatasi masalah susah tidur. Sebagai contoh, anda dinasihatkan untuk tidak mengambil minuman berkafein, beralkohol dan merokok pada waktu petang dan malam. Selain itu, anda harus memastikan suasana bilik tidur anda gelap, selesa dan nyaman. Pastikan segala perkara yang boleh diselesaikan telah diuruskan sebelum anda tidur. Di samping itu juga, anda harus mengelakkan diri dari menghadap skrin telefon, televisyen dan komputer sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda cuba memejamkan mata. Semoga bermanfaat.

Salam sejahtera.

Insomnia secara umumnya merujuk kepada ketidakupayaan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya atau perasaan kurang puas walaupun telah diberi peluang untuk tidur dengan secukupnya. Antara tanda-tanda insomnia adalah sukar untuk tidur, tidur yang tidak nyenyak, sering bangun awal daripada masa yang biasa dan keletihan dan mengantuk pada waktu siang.

Cara terbaik untuk merawat insomnia adalah melalui pengamalan tabiat tidur yang baik atau good sleep hygiene. Ubat-ubatan boleh digunakan untuk membantu anda tidur tetapi ubatan hanya boleh digunakan untuk jangka masa yang pendek (biasanya satu minggu) sahaja. Hal ini kerana ubatan tidur seperti midazolam, lorazepam dan zolpidem boleh mendatangkan kesan sampingan seperti kebergantungan, penagihan dan keletihan yang berlebihan pada waktu siang. Selain itu, pesakit yang mengambil ubat tidur untuk jangka masa lama akan mengalami toleransi kepada ubat tidur dan terpaksa mengambil dos yang tinggi untuk membantu mereka tidur.

Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk berbincang tentang rawatan yang paling baik untuk anda.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (0)