
Sulit
4 tahun
Sapu madu pada zakar
Saya alami pedih2 sekitar batang zakar. Kalau ditekan atau dipijit tidak rasa sakit atau senak…bila bersentuhan kulit baru terasa sakit pedih atau sensasi terbakar.Saya pernah dptkan khidmat urutan batin pada zakar byk kali. Punca saya tak pasti samada daripada urutan batin atau bukan…sbb seminggu lps urutan tu baru rasa sakit tu ada. Nak tanya kalau sapu madu pada zakar xpe ke sebagai rawatan??ke xboleh?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, kepedihan pada zakar yang anda perihalkan tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Alahan kulit (contact dermatitis)
- Ekzema
- Jangkitan kuman atau bakteria
- Jangkitan kulat
- Jangkitan herpes
- Jangkitan HPV (ketuat kelamin)
- Syfilis
Kebanyakan daripada penyakit yang tersenarai di atas adalah disebabkan oleh jangkitan ST (Sexual transmitted infections) yang boleh disebabkan oleh hubungan seks tanpa perlindungan. Ia juga boleh disebabkan oleh alahan pada kulit zakar seperti pada bahan pelincir yang digunakan ketika urutan batin.
Kami tidak sarankan anda untuk meletakkan apa-apa dahulu sebelum berjumpa dengan doktor anda mengenai perkara ini. Terdapat tiada bukti atau kajian yang menyatakan bahawa penggunaan madu boleh merawat penyakit kelamin atau kulit. Pastikan anda pantau simptom-simptom lain yang berbahaya seperti:
- Masalah kencing
- Kencing berdarah
- Ketumbuhan ulser pada zakar
- Demam dan berpeluh malam
- Keletihan serta tidak bermaya
- Masalah kesihatan seksual secara am.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Untuk info lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.