
Sulit
2 tahun
Saraf tulang belakang
Emak sy umor 56thn. Bln 3 hr tu emak balik dr melaka ke terengganu dgn bas,dduk seat plg blkg. Smpai di rumah,emak mula rse lenguh2 pinggan. Sehingga mak sy demam urat. Pergi klnik,doc bg inject thn sakit. So ok,selang lps pd tu kedua2 blh kaki mak sy kebas,bjln slow. Biasa la,org tua degil xmahu pergi cek kt hsptal,puas pujuk. Dlm bln 7 hr tu,emak sy ad mngurut dgn org kg,slps mgurut,pd mlm tu kebas naik smpai ke paras pinggann,shingga mak langsung xrse2 ape2 kt peha smpai hjg kaki. Dh xblh bjln. Dulu mse sblum prblem ni makin parah,mak ckp ni mslh urat saraf. Dulu emak pnh jtuh,dlm 2,3thn lps. Adkh ini effect dr jtuh dlu? Skrg mak hnya mmpu baring ats katil… Adkh ni punca slip dich? Atau ad mslh lain? Skrg mak sy msuk wad,sbb mlm tu ttiba mak xblh nk kncing. Terasa nk kencing,tp air kncing tdk keluar langsung,tpksa sy htr ke bhgian emergency… Mohon doctor explain… Adkh sbb ketumbuhan blh mnjdi pnca ni?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan dan sejarah kesihatan ibu anda, beberapa punca boleh menyebabkan keadaan yang dialami oleh ibu anda seperti:
- Masalah cakera (disc) tulang belakang - akibat kecederaan atau faktor posisi atau usia. Cakera yang tergelincir (slipped disc) atau terkeluar (herniated disc) boleh menekan saraf kaki dan saraf yang mengawal pundi kencing
- Penyakit arteri periferi - sekiranya ibu anda mempunyai penyakit kencing manis atau darah tinggi yang merupakan faktor risiko
- Penyakit darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis) - namun sejarah kesihatan mungkin tidak sepadan dengan penyakit ini
- Sindrom Guillain-Barre - punca yang tidak diketahui namun sering kali disebabkan sistem imun menyerang saraf sendiri
Anda dinasihatkan untuk mengikuti rapi arahan dan rawatan yang dibekalkan oleh pihak hospital kerana mereka lebih mengetahui dengan terperinci status kesihatan ibu anda. Sekian.