
Sulit
4 tahun
Saranan doktor untuk pesakit scoliosis
Saya menghidap scoliosis sejak berumur 11 tahun sehingga sekarang saya berumur 17 tahun . Saya pernah dapat perkhidmatan di HKL sehingga berumur 13 tahun kemudian saya tiada lagi temu janji bersama doktor.Semasa membuat appoiment dengan doktor , bahu dan pinggang saya sama paras dan sehingga kini bahu dan pinggang kedua duanya masih sama paras. Saya tiada masalah pernafasan atau apa apa yang berkaitan . Saya juga tidak mengambil sebarang ubat ubatan atau alat meluruskan tulang belakang .Apakah saranan yang doktor boleh berikan untuk saya meluruskan tulang belakang saya balik ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walaubagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda.
Secara umumnya skoliosis merupakan kondisi dimana tulang belakang seseorang itu bengkok secara semula jadi atau struktur anatomi tulang belakang tumbuh dan berkembang secara tidak sempurna.
Rawatan khusus untuk kondisi seperti itu perlu didapatkan dari klinik atau hospital yang mempunyai perkhidmatan doktor pakar tulang. Kerana ia memerlukan diagnosis yang menyeluruh untuk mengetahui sejauh mana rawatan susulan boleh diambil.
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.