
Sulit
5 tahun
Saranan pemakanan untuk diebetes
Saya lelaki berusia 26 tahun dan baru mengambil ubat percubaan utk diebetes,
Saya sudah 4 tahun ada diebetes tapi baru saja berubat, saya ingin mendapatkan nasihat dan saranan pemakanan terbaik dan yg dilarang untuk mengawal gula dlm darah.
Krn gula dlm darah saya agak tinggi.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, untuk mengawal gula dalam darah adalah baik sekiranya anda mengikuti langkah-langkah seperti berikut:
- Tidak makan makanan berproses/segera - kerana kebanyakkan makanan ini mempunyai gula dan garam yang tinggi
- Tidak minum air manis - seperti teh boba, air berkabonat dan lain-lain
- Kurangkan makanan berkarbohidrat tinggi - seperti nasi, pasta dan roti
- Amakan diet - “suku-suku-separuh” iaitu suku pinggang nasi, suku pinggan lauk dan separuh pinggan sayuran dan buah
- Bersenam juga dapat membantu badan meningkatkan sensitiviti terhadap hormon insulin
Diabetes adalah penyakit yang senyap dan anda disarankan untuk menjaga pemakanan, senaman dan pengambilan ubat kerana umur anda yang masih muda. Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan yang lain, anda disarankan untuk merujuk masalah tersebut dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.