
Sulit
5 tahun
Sarang Burung Walet untuk Ibu Mengandung
Saya berusia 27 tahun dan mengandung 16 minggu. Selamat tak untuk saya consume sarang burung walet yang dijual di pasaran seperti FG Walet yang mengandungi sarang burung walet 20% , rock sugar dan pure water? Saya pernah minum sebelum mengandung sebagai makanan tambahan, ianya memberikan saya tenaga dan tak memberikan kesan sampingan yang negatif. Kakak saya ketika mengandung masih terus mengamalkan makanan tambahan ini sehingga beranak dan tidak mengalami apa2 komplikasi sepanjang bersalin. Dia juga telah merekomen untuk saya teruskan pengambilan makanan tambahan ini. Akan tetapi, semasa mengandung saya lebih berjaga2 dalam pengambilan makanan tambahan dan berhenti sementara sebelum dapatkan nasihat doktor. adakah selamat untuk saya teruskan pengambilan sarang burung walet ini semasa mengandung atau kesannya berbeza pada setiap ibu mengandung? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, setakat ini belum ada penelitian yang cukup mengenai khasiat mahupun bahaya sarang burung pada ibu hamil. Justeru, kami tidak boleh memberi kata putus berikutan isu ini.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.