beharimn
5 tahun
Saringan covid 19 di hospital KKM atau mencukupi berjumpa family GP?
Assalamualaikum n salam sejahtera, saya mengalami batuk, sakit tekak n dedar pd hari jumaat 6hb mar. Saya telah berjumpa dgn doctor dah diberi antibiotics utk sore throat, panadol, lozenges n ubat batuk.
Dr semlm, 8hb, sore throat dah reda hanya tinggal batuk2, occasionally… perlu kah saya pergi ke hospital utk saringan covid19?
Salah seorang anak saya juga dedar n sakit telak pg inj.
5 tahun
Hai.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID19. Memandangkan anda mempunyai gejala seperti batuk dan anak anda sudah mula menunjukkan simptom, anda disarankan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko tinggi, ujian saringan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan perlu dijalankan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































