
Sulit
5 tahun
Saringan covid-19 selepas sebulan tiada apa-apa gejala
Hi doc… berkaitan dengan kes positif di pasar jalan othman,saya ada kesana pada tarikh yg tersebut…saya telah mengisi dan menghantar borang sepertimana yang diminta…tapi hingga hari ini tiada panggilan dari pihak klinik…utk pengetahuan,saya tiada gejala atau simptom sepanjang tempoh hampir sebulan dari tarikh sy ke sana…adakah perlu saya ke klinik utk buat saringan memandangkan sy sudah perlu bekerja esok 4/5/2020.

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda. Keperluan ujian saringan adalah berdasarkan risiko anda dan pandangan daripada doktor yang memeriksa anda. Anda juga boleh untuk ke mana-mana fasiliti kesihatan terdekat dan memberitahu tentang sejarah kontak anda.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini