Sulit
5 tahun
Saringan covid 1st contact
Perlukah ahli kluarga disaring jika kptsn saringan suami menghadiri perhimpunan tabligh pd 27hb feb, adalah negatif?
Sbolehkah kita menyemak pesakit yg disaring? Sama ada benar2 mghadiri saringan atau tidak?
Sy bimbang jika psgn sebenarnya tidak mbuat saringan dan hny self quarantine dirumah
5 tahun
Salam sejahtera!
Terima kasih untuk soalan yang telah anda ajukan. Saya ambil maklum bahawa anda berhubungan rapat dengan seseorang yang menghadiri majlis tabligh di sri petaling. Untuk makluman anda, jika keputusan tersebut negatif, tiada keperluan bagi anda dan keluarga untuk menjalani ujian saringan tersebut. Namun, kami memohon agar anda menasihati suami anda untuk menghadiri ujian saringan jika suami anda masih belum menjalani ujian tersebut. Buat masa ini, pihak berkuasa sedang mengesan individu yang hadir ke majlis tabligh. Kami tidak mengetahui secara terperinci tentang bagaimana proses tersebut dijalankan.
Sekali lagi, kami menegaskan bahawa suami anda harus menjalankan tanggungjawab untuk menjalani ujian saringan tersebut.
Namun, untuk menilai risiko anda dan keluarga, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Ujian saringan COVID-19 biasanya diutamakan untuk orang yang berisiko sederhana tinggi atau tinggi.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih sekali lagi. Saya berharap jawapan yang telah saya berikan boleh membantu anda.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































