Sulit
4 tahun
Saringan Covid Kontak Rapat
Pakcik saya disahkan positive covid selepas ambil nenek dan makcik saya di airport Subang dan hantar ke rumah saya di Seri Kembangan. Nenek tidak bersalam dengan pakcik tapi makcik ada bersalam. Mesti buat test covid x?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami faham kebimbangan anda kerana anda mempunyai kontak rapat dan pesakit tersebut merupakan ahli keluarga anda sendiri. Secara umum, berdasarkan garis panduan Garis Panduan Covid-19 KKM. Kontak rapat didefinisikan sebagai:
- Individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari kebelakangan, sama ada:
- bersemuka dengan pesakit COVID-19 pada jarak kurang dari 1 meter
- atau bersentuhan (kontak fizikal) dengan kes COVID-19
- Individu yang tinggal serumah dengan kes disahkan COVID-19
- Individu yang duduk dekat (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 dalam satu premis seperti pejabat, kelas, rumah ibadat, kedai dan lain-lain
- Anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes disahkan COVID-19 tanpa memakai alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Saya menasihatkan anda untuk lakukan kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari, dan melakukan ujian swab sekali lagi selepas tamat kuarantin. Anda juga perlu mengawal gejala COVID19, sila hubungi KKM sekiranya anda bergejala.
Untuk menjawab soalan anda, ujian saringan perlu dibuat di kerana makcik dan nenek anda tergolong dalam golonan kontak rapat.
Anda boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Untuk makluman anda, kami turut menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link (Screening COVID). Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































