
Sulit
3 tahun
Saringan pra perkahwinan
Saya ingin mengambil ujian hiv untuk saringan pra perkahwinan. Namun saya ada temu janji vaksin covid19 pada minggu yg sama. Adakah ia boĺeh dijalankan kedua dua nya pada minggu yg sama?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, anda boleh menjalankan kedua-dua vaksin Covid-19 serta ujian HIV tersebut. Vaksin Covid-19 adalah khusus untuk virus Covid sahaja, serta membantu sistem imuniti anda menghasilkan antibodi khusus untuk terangkan virus Covid saja.
Selain itu, ujian HIV berfungsi dengan mengesankan hanya virus HIV dalam aliran darah anda. Keputusan ujiannya amat berkesan dan tidak akan dipengaruhi oleh apa-apa vaksinasi.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini