Sulit
5 tahun
Satu badan bintik merah
Saya taktau mcm mane boleh kena mcm ni at first kat tapak tgn je ada bintik merah & gatal2 after 1 malam je dia naik sampai satu badan even muka. Dah refer swasta & dia bagi ubat selsema yg ngantuk & tak ngantuk tu also calamine but it wont works. Gatal tu teruk & bintik merah tu still menambah. Is it bcs of serangga or what sbb muka dah bengkak teruk ni.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kami tidak dapat membuat kesimpulan mengenai punca bagi masalah kulit anda kerana pemeriksaan lanjut adalah diperlukan.
Saya tidak pasti mengenaiubat selsema yang diberikan kepada anda tetapo, ubat calamine ini digunakan untuk menghilangkan rasa sakit, gatal-gatal, dan ketidakselesaan dari kerengsaan kulit ringan seperti selaran matahari, gigitan serangga, racun ivy, oak racun, atau keadaan kulit ringan yang lain. Ia juga dapat membantu mengeringkan kerengsaan kulit. Sekiranya keadaan anda tidak bertambah baik seleas 7 hari penggunaan ubat ini atau semakin parah, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor lain bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































