
Sulit
3 tahun
Sawan anak saya sebulan ad kene dalam 2 hingga 3 kali
Salam do Anak saya umur setahun baru dia ad sawan… Tapi sawan nya tak kerap dalam sebulan ad lah dalam 2 kali. da cuba juga berubat kampung… tapi sya nak tau sawan ni boleh baik ke tidak… sebab dia kalau nx kene sawan dia akan senyum baru mata naik atas…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, sawan anak kecil adalah satu gejala yang boleh membimbangkan para ibu bapa. Ramai kanak-kanak yang mengalami perkara ini. Sawan boleh tercetus apabila sel-sel otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini boleh disebabkan oleh :
- Demam
- Hipoglisemia
- Jangkitan pada otak
- Ketumbuhan pada otak
- Kecederaan kepala semasa bersalin
- Masalah genetik
Sawan harus dirawati dalam hospital kerana sawan yang kerap boleh memberi kesan kepada perkembangan anak-anak kecil. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk merujuk anak anda kepada klinik atau hospital supaya punca sawan anak anda dapat dikenal pasti dan dirawat. Anda boleh menghubungi pakar kanak-kanak kami untuk mendapatkan konsultasi secara atas talian mengenai masalah anak anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.