
lyahashim1563
5 tahun
Sawan,Tumor/pendarahan di otak
Saya berumur 25 tahun,seminggu sebelum raya haritu saya tiba2 diserang sawan. Kejadian berlaku pada hari khamis. Tapi start hari isnin saya sudah mula sakit kepala. Tapi saya biarkan je sebab fikirkan hanya sakit biasa. Then hari khamis saya bangun tidur,kepala saya terasa sakit sangat. Selepas mandi tiba2 tangan saya jadi lemah sgt. Saya fikirkan saya tertinfih tangan masa tidur. Saya bekerja macam biasa. Start pukul 9 tiba tiba tangan saya jatuh dari meja. Jadi lemah sgt. Waktu nak lunch tiba2 kaki saya sudah tidak terima isyarat untuk pakai kasut. Start tu saya terus ke klinik berhampiran. Bila sampai di klinik doctor sahkan saya nak 50/50 lumpuh. Petang tu saya di serang tarik sawan. Ambulans ambil bawa ke hospital. Saya ditempatkan di wad neurosurgeri. After CT scan,doktor kata saya ada tumor,pendarahan di kepala. Dan disebabkan tu ia membuatkan saya lumpuh separa badan iaitu di belah kanan dari tangan ke kaki. Masa tu disebabkan raya,doctor suruh balik dulu then baru set appointment utk MRI. MRI saya akan dijalankan pada bulan 9 ni. Tapi sepanjang menunggu MRI,saya kerap sakit kepala,tapi tidak sampai tahap loya atau muntah. Saya still ingt perkara2 yang lepas. Tapi yang membimbangkan saya,saya kerap sakit kepala. Rasa gelisah. Rasa berdebar. . Percakapan jadi lemah. Bila banyak suara jadi stress and nak marah. Tapi alhamdulilah saya punya pergerakan sekarang dah banyak. Dah boleh jalan. Tangan dah boleh gerak. Cuma itulah. Saya risau dengan simpton2 yang saya nyatakan di atas tu. Kenapa ya doctor. Adakah tumor saya merebak ke jantung atau semakin teruk atau ia perkara biasa. Saya tiada siapa utk refer. Saya jadi takut nak tidur. Tq doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sawan terjadi apabila terjadi gangguan pada signal-signal otak. Gangguan ini boleh terjadi pelbagai perkara seperti tumor, perdarahan otak, kecederaan dan lain-lain.
Merujuk kepada separuh badan anda yang lemah, hal itu terjadi tergantung kepada lokasi kejadian masalah. Biasanya sisi badan yang lemah adalah bertentangan dengan sisi otak yang ditumbuhi tumor ataupun sisi otak yang mengalami perdarahan.
Sebetulnya, gejala-gejala yang anda alami seperti sakit kepala, lemah separuh badan, gelisah, stres dan lemah adalah terkait dengan masalah penyakit yang anda alami. Sementara menunggu keputusan MRI, langkah terbaik adalah dengan bersiap sedia dan segera menangani sawan dan sakit dengan ubatan yang diberikan serta meminta ahli keluarga atau kenalan untuk langsung membawa anda ke hospital apabila terjadi sawan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.