
camilla
5 tahun
Saya ada anak murid yang mengalami masalah jantung
Saya ada anak murid yang mengalami masalah jantung. Bolehkah kalau dia mahu sertai kelas pendidikan jasmani?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Senaman merupakan aspek yang penting dalam mengekalkan kesihatan jantung. Pesakit-pesakit yang mengalami masalah jantung masih memerlukan senaman. Senaman boleh membantu meningkatkan peredaran darah, meningkatkan fungsi jantung dan meningkatkan pengambilan oksigen.
Namun demikian, anda perlu tahu bahawa keadaan jantung murid tersebut tidak sama seperti orang biasa. Oleh itu, anda perlu berhati-hati semasa murid anda menyertai kelas pendidikan jasmani untuk memastikan keselamatannya. Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan, anda boleh meminta bantuan doktor kerana beliau lebih memahami keadaan murid anda dan boleh mencadangkan jenis senaman yang sesuai untuk murid tersebut.
Secara am, aktiviti yang melibatkan angkat berat atau tekan tubi angkat berat harus dielakkan kerana aktiviti jenis ini membebankan otot jantung. Aspek-aspek yang perlu diberi perhatian semasa melakukan senaman adalah mulakan senaman sedikit demi sedikit. Jangan lakukan aktiviti yang terlalu lasak.
Lakukan senaman mengikuti kemampuan dan dapatkan rehat yang secukupnya antara senaman. Jangan lakukan aktiviti-aktiviti di luar dalam keadaan cuaca yang terlalu lembap, panas atau sejuk. Kelembapan yang tinggi boleh menyebabkann badan cepat letih. Suhu yang terlalu panas ataupun sejuk boleh menjejaskan peredaran darah, dan menyebabkan sakit dada atau sesak nafas.
Pastikan murid anda minum air meskipun tidak berasa haus. Selain itu, mulakan senaman secara perlahan-lahan terutamanya selepas berehat – Jika murid anda tidak melakukan senaman untuk beberapa hari kerana sakit atau sebab-sebab lain, mulakan semula senaman secara perlahan-lahan. Mula dengan senaman yang ringan dan tidak memenatkan.
Selepas itu, intensiti aktiviti boleh ditambah mengikut kemampuan.
Sekiranya murid anda mengalami tanda-tanda seperti sakit dada, sesak nafas, keletihan, lemah badan atau pening semasa melakukan aktiviti fizikal, berhenti dengan serta-merta. Jika tanda-tanda ini masih berlanjutan, adalah lebih baik untuk dapatkan bantuan doktor dengan segera.
Sila klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!