
Sulit
3 tahun
Saya ada anxiety ke?
Hi doktor, saya remaja berumur 13 tahun, sejak kebelakangan ni, tangan saya sering menggeletar, jantung berdegup laju, sakit kepala dan selalu overthinking. Ada buat test DASS, keputusan dia Depression : 24, Anxiety : 32 dan Stress : 20. Saya ada anxiety ke doktor? Perlu ke jumpa doktor psikologi? Kalau perlu macam mana nak bagitau mak saya, sebab saya tak berani nak bagitau mak saya.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami kerisauan anda mengenai masalah anda iaitu tangan sering menggeletar, jantung berdegup laju, dan sakit kepala. Anda juga memaklumkan bahawa anda mengambil ujian DASS dan ingin mengetahui sekiranya anda mengalami masalah keresahan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, selain masalah kesihatan mental, gejala anda juga boleh disebabkan oleh :
- Masalah tiroid
- Kekurangan vitamin dalam badan
- Stres
- Hipoglisemia
- Dehydrasi
Kami memerlukan maklumat tambahan mengenai masalah anda untuk memberikan anda diagnosis yang lebih tepat. Mengenai ujian DASS, ia merupakan salah satu ujian untuk mengetahui jika anda mengalami kemurungan, keresahan atau gangguan tekanan. Namun, ujian tersebut adalah sesuatu anggaran dan tidak dapat digunakan sebagai diagnosis. Untuk mendapatkan kepastian mengenai kesihatan mental anda, kami menasihatkan anda untuk cuba berbincang dengan ibu bapa anda dan merujuk kepada doktor pakar psikiatri. Anda boleh menghubungi doktor pakar psikiatri kami secara atas talian jika perlu.
Anda juga boleh menelefon hotline di bawah untuk khidmat nasihat.
Malaysian Mental Health Association
- Any mental health issue
- Qualified mental health professionals
- Language: English, Malay, Chinese
- Hotline: 03-27806803
MyCareCov19
- For emotional support
- Government established
- Email: mycarecov19@islam.gov.my
- Language; Malay
- Hotline: 03-8870 519/7527/7528
Mental Illness Support and Awareness Association (MIASA)
- Support group
- Therapeutic assessment
- Circle time and support programmes
- Islamic spiritual therapy
- Hotline: 03-79311409 , 013-3330767, 018-3617345
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.