Sulit
4 tahun
Saya ada gastrik boleh ke ambil vacksin covid19
Doktor saya nak tnya…saya ada masaalah gasrik angin janting bedebar…boleh ke saya ambil vacksin covid19
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, vaksin Covid-19 adalah disarankan untuk semua individu kecuali mereka yang mempunyai sejarah alahan teruk terhadap ubat-ubatan. Oleh itu, anda boleh mendapatkan vaksin Covid-19 seperti yang telah ditetapkan untuk anda. Sebelum mengambil vaksin tersebut, sila maklumkan kepada petugas kesihatan di pusat pemberian vaksin mengenai sejarah kesihatan anda supaya penilaian risiko dapat dibuat.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi talian JKJAV di 1800-888-828 atau anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























