DeliaLaila

6 tahun

Saya ada hypothyroid dan tidak datang haid hampir 3 bulan

Hi. . Saya ada penyakit hypothyroid. . Dan sudah hampir 3 bulan saya tidak datang haid. . Adakah ini kerana penyakit saya???

Dr Ramzdhan,

6 tahun

Salam. Terima kasih kerana sudi berkongsi masalah anda dengan kami. Hypothyroidism ialah penyakit di mana pesakit terdapat kekurangan hormon tiroid, iaitu thyroxine, kerana tiroid tidak menghasilkan hormon yang secukupnya.

Pesakit-pesakit ini mudah rasa sejuk dan letih. Mereka juga mengalami simptom lain seperti peningkatan berat badan, keserakan suara, kesakitan otot, sembelit, kemurungan dan sebagainya. Sesetengah pesakit wanita mengalami gangguan haid, terutamanya haid yang berpanjangan atau berlebihan. Walau bagaimanapun, haid yang tidak teratur atau kelewatan haid juga mungkin disebabkan oleh masalah tiroid.

Pada pandangan saya, untuk kes anda, kita juga harus mempertimbangkan sebab-sebab kelewatan haid yang lain. Adakah anda sudah membuat ujian kehamilan? Adakah anda sedang menyusu anak? Adakah anda sedang menggunakan cara-cara perancang keluarga? Adakah anda mengalami stres atau penurunan berat badan secara drastik kebelakangan ini? Adakah anda sedang mengambil ubat seperti ubat selesema dan ubat darah tinggi? Kesemua faktor ini mungkin melewatkan haid. Terdapat beberapa faktor lain lagi yang mungkin menjadi punca. Oleh itu, sila rujuk pada doktor anda untuk pemeriksaan dan ujian yang lebih lanjut supaya punca masalah anda dapat dikenalpasti. Sekian, semoga maklumat di atas bermanfaat.

Selamat sejahtera. Penyakit hypothyroid adalah keadaan di mana kelenjar tiroid anda tidak menghasilkan hormon tiroid yang mencukupi.

Kitaran haid bagi wanita yang hypotiroid boleh terjejas kerana masalah hypotiroid ini menganggu tahap hormon-hormon lain dalam badan. Antara masalah haid yang dihadapi adalah tempoh yang tidak teratur, kekurangan tempoh haid atau tiada haid (ammenorhea), pendarahan ringan sebelum haid dan pendarahan haid yang banyak.

Haid yang lewat juga boleh disebabkan oleh berbagai-bagai keadaan yang lain seperti:

  • Kehamilan
  • Kontraseptif seperti alat kontraseptif intrauterin atau pil perancang keluarga.
  • Tekanan akibat gangguan emosi, penyakit bulimia atau anoreksia, perubahan berat badan atau senaman yang berlebihan
  • Penyakit lain seperti sindrom ovari polisistik (PCOS), endometriosis dan kanser organ reproduktif
  • Penggunaan ubat-ubat seperti antidepresan dan antiepileptik

Saudari patut mengunjungi doktor anda untuk diperiksa dan untuk mendapatkan rawatan. Sebab bagi haid yang lewat harus dikenalpasti terlebih dahulu supaya rawatan yang betul boleh diberikan.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)