
Anonymous
6 tahun
Saya ada ketuat tapak kaki saya
saya ada ketuat di tapak kaki saya

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan pernyataan anda, kemungkinan besar anda mempunyai ketuat plantar di kaki anda. Ketuat adalah disebabkan oleh jangkitan lapisan luar kulit oleh virus yang dikenali sebagai ‘human papilloma virus’. Jangkitan ini mungkin berlaku selepas tapak kaki anda bersentuhan dengan kelupas kulit orang lain yang dijangkiti contohnya di bilik mandi dan kawasan sekitar kolam renang.
Ketuat boleh hilang dengan sendiri tanpa meninggalkan apa-apa bekas luka tetapi ia mungkin memakan masa sehingga 2 tahun. Sesetengah ketuat agak susah untuk dirawat dan adakalanya setelah dirawat, ketuat masih boleh berulang lagi. Contoh-contoh rawatan ketuat plantar termasuk:
- Asid salisilik
- Cryotherapy
- Rawatan-rawatan lain: Gel formaldehyde, gultaraldehyde, nitrate perak, dithranol, podophyllotoxin, asid trichloroacetic dan suntikan bleomycin.
- Pembedahan boleh dilakukan sekiranya rawatan topikal tidak berjaya.
Anda boleh cuba merawat ketuat anda menggunakan ubat farmasi tetapi rujuklah kepada doktor anda sekiranya anda:
- Mempunyai ketuat yang berdarah, menyakitkan, berubah rupa atau mengganggu aktiviti harian anda
- Tidak pasti diagnosisnya
- Cuba merawat ketuat sendiri tetapi ia berterusan dan mula menyebar
- Mempunyai kencing manis dan kebas di kaki anda
- Mempunyai sistem imun yang lemah kerana pengambilan ubat imunosupresi, AIDS atau penyakit imunosupresif
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!