Sulit
4 tahun
Saya ada masalah datg bukan yang lambat pada minggu ini. Jadi saya memerlukan penerangn dripada doc tentang masalah yg saya hadapi
Hai doc. Pada isnin minggu lepas saya bersetubuh dan sepatutnya pada minggu ini 7 haribulan saya period tapi sampai sekrg saya masih belum period. Semasa persetubuhan Takde leps di dalam hanya diluar. Jadi ada kemungkinankah saya hamil atau sebaliknya?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Umumnya walaupun pasangan anda merasakan telah ejakulasi di luar, potensi untuk terjadinya kehamilan tetap boleh berlaku sekiranya terdapat hanya setitis air mani yang berjaya memasuki pintu rahim tanpa diduga. Justeru itu, perancangan keluarga amatlah disarankan bagi pasangan suami isteri yang ingin menunda kehamilan.
Justeru bagi mengenalpasti kondisi rahim anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor atau melakukan ujian kehamilan UPT dengan cara yang betul.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !
Antara tanda dan gejala awal kehamilan termasuk:
- Haid terlambat
- Mual, muntah & mengidam
- Cepat letih & mengantuk
- Sakit atau pening kepala
- Lebih kerap buang air kecil
- Cairan keluar dari kelamin
- Suhu tubuh meningkat
- Kejang perut
- Sering berdebar
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.





























