
Yulia
6 tahun
Saya ada masalah haid berpanjangan
salam sejahtera. doc saya ingin bertanya, saya mempunyai masalah haid berpanjangan dalam tahun ini. saya sudah berjumpa dengan doktor gov, swasta n personal semua mngatakan saya mempunyai masalah hormon. darah haid saya hanya berhenti 2-3 hari kmudian kluar semula. baru baru ini doktor memberikan saya ubat utk clear haid (sunolut) utk 10 hari dan saya bersih dari haid. 2 hari lepas ubat dibekalkan sudah habis dan semalam saya sudah haid semula. tapi kali ini saya senggugut teruk. dn masa last sya g klinik, doktor scan ada darah beku di sebelah kiri rahim. tapi saya hanya diberikan ubat clear haid tu. apa yg harus saya lakukan?

6 tahun
Salam sejahtera.
Perdarahan haid yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan darah atau anemia. Anaemia menyebabkan tanda-tanda seperti mudah letih, pitam, muka pucat, sesak nafas dan sakit dada terutamanya semasa menjalankan aktiviti fizikal. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan termasuk:
• Dysfunctional uterine bleeding atau DUB (punca paling biasa)
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau serviks
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease
• Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim
• Sistem bekuan darah yang tidak normal
• Penggunaan IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Gangguan hormon sering menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur dan perdarahan haid yang berpanjangan. Gangguan hormon ini juga boleh menyebabkan senggugut. Kondisi ini dikenali sebagai dysfunctional uterine bleeding atau DUB. DUB merupakan sejenis diagnosa eksklusi. Maknanya, doktor seharusnya telah menjalankan pemeriksaan dan ujian yang secukupnya untuk memastikan tiada punca lain yang menyebabkan perdarahan haid berpanjangan selain gangguan hormon. Darah beku adalah berpunca daripada darah yang terperangkap di dalam rahim anda. Darah beku yang besar biasanya merujuk kepada perdarahan haid yang agak serius.