
Anonymous
4 tahun
Saya ada masalah jerawat bahagian dagu,
Saya wanita umur 28, ada masalah jerawat dibahagian dagu, jerawat tersebut tidak ada mata lama kelamaan akan jadi nanah walaupun tidak di picit, boleh sy tahu itu jenis jerawat bacteria or fungal acne?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, kami tidak boleh membuat kesimpulan tentang jerawat yang anda alami tanpa maklumat lanjut dan pemeriksaan. Biasanya jerawat disebabkan oleh liang roma yang tersumbat dan mudah berlaku kepada mereka yang mempunyai kulit berminyak.
Jangkitan bakteria pada jerawat biasanya berlaku akibat tindakan memicit atau mencucuk jerawat tersebut dengan objek yang tidak bersih, begitu juga dengan kulat. Untuk mengatasi masalah jerawat anda, sila rujuk kepada doktor kulit untuk rawatan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian untuk nasihat atau penerangan lanjut. Terima kasih.