Sulit
4 tahun
Saya ada masalah mental ke?ke masalah emosi?
Kenapa dengan saya dok? Pagi² je nak ckp sorang² kat hati dalam keadaan marah plak tu. Bila saya gesel selipar kat jalan tar mulalah rasa mcm satu perasaan sampai saya pun rasa xselesa nak nafas. Bila tenang xde plak perasaan pelik tu.kalau beremosi, perasaan xselesa nafas tu datang tanpa diundang.pernah sampai susah nak bernafas.betul ke itu ganggu keresahan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala-gejala yang telah dijelaskan tersebut sememangnya merupakan salah satu indikasi dari gejala gangguan psikiatri yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Kondisi seperti itu perlu dinilai oleh doktor psikiatri bagi menentukan antara yang berikut:
- gangguan tekanan atau kegagalan untuk beradaptasi
- gangguan dari perubahan hormon (sementara)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan mengawal impuls tubuh
- gangguan spektrum personaliti
- gejala depresi disertai gangguan psikologi yang lain
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan konsultasi dan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.



























