
Sulit
3 tahun
Saya ada masalah seperti lipoma tapi tidak pasti
Sya tahun lepas tahun 2020 ade tumbuh satu biji di tpi pipi pada mulanya tumbuh dia macam biji warna putih dan bila sya rasa pakai jari ade timbulan dan sejak ade je biji itu sya garu ii ataupun sya picit kuat ii tpi langsung tk bgi effect ape ii then sya garu ii smpai skrang warna dia berubah jadi hitam sya tak tahu itu ape, harap dr boleh bantu saya terima kasih .

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kerisauan anda tentang benjolam di pipi anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Myofibroma
- Lesi cyst cervicofacial
- Reaksi alahan
- Bengkak kalenjar parotid (dalam pipi) akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Sindrom nefrotik
- Masalah kalenjar tiroid yang bengkak - menyebabkan aliran darah tidak dapat turun
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.