
Sulit
4 tahun
Saya ada thalassemia major
BOLEH KE SAYA AMALKAN VITAMIN C

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Disebabkan kekurangan maklumat tentang kesihatan anda sukar bagi kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini. Sejarah kesihatan anda perlu diketahui sebelum boleh memberikan kesimpulan dalam kesihatan anda.
Secara amnya, jika anda selalu melakukan prosedur blood transfusion, ada kemungkinan tubuh badan anda telah menerima zat besi yang banyak. Hal ini boleh menyebabkan kerosakkan pada jantung dan organ anda. Oleh itu, vitamin yang mengandungi zat besi perlu dielakkan dan vitamin C tidak boleh diambil secara berlebihan kerana vitamin C boleh meningkatkan penyerapan zat besi daripada makanan.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Boost your immune system with a balanced diet and good nutrition.