
Sulit
5 tahun
Saya adalah pesakit asma
Saya mengalami kesukaran bernafas dan sakit tekak sekarang.saya baru pulang drpd mengerjakan umrah pada 16 feb dalam keadaan tubuh yg demam selama 2 minggu.sekarang saya dah tak demam@batuk@selsema.cuma sakit tekak, sakit dada dan sukar bernafas. jadi saya tak pasti ianya penyakit asma saya ataupun tanda2 corona

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya dapati anda mempunyai sejarah berkunjung ke Mekah dan Madinah bagi menunaikan Umrah. Selepas itu anda mengalami masalah demam untuk 2 minggu. Sekarang anda mengalami masalah sakit dada dan sukar bernafas. Oleh kerana anda mempunyai penyakit asma, anda sekarang keliru adakah ianya adalah penyakit asma anda ataupun gejala corona.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Sejujurnya, hanya dari maklumat yang anda berikan ini, kami tidak dapat untuk memberikan kesimpulan mengenai masalah anda ini.
Sekiranya gejala anda boleh dikurangkan dengan mengambil ubat asma anda, kemungkinan besar gejala tersebut adalah disebabkan oleh asma. Namun begitu, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Akan tetapi, berdasarkan sejarah perjalanan anda serta simptom yang anda alami, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Semoga anda cepat sembuh dan terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini