
Sulit
3 tahun
Saya alami sakit perut semasa makan nasi dan selepas makan nasi
Saya dapati ada ketulan darah semasa buang air besar. Setelah seminggu, saya alami sakit perut yang sangat sakit seolah cucuk… sakit itu hanya semasa makan nasi sahaja. Sebaik saya makan nasi saya mengalami sakit perut.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mendapati ketulan darah semasa memang air besar. Selain itu, anda juga mengalami sakit perut seperti dicucuk selepas makan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, ketulan darah yang anda lihat boleh menjadi indikasi kepada pendarahan yang berlaku dalam sistem penghadaman makanan anda. Gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh :
- Gastritis
- Ulser perut
- Radang usus
- Jangkitan kuman pada saluran penghadaman makanan
- Polip usus
- Ketumbuhan pada perut atau usus.
Kami amat menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya masalah anda dapat diketahui puncanya.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.