
Sulit
4 tahun
Saya amt takut jika saya mengandung lagi
Saya wanita yang berumur 17 …saya pernah mengandung dan beranakkan anak saya pada saya umur 15 , saya berumur 17 telah melakukan hubungan intim bersama teman lelaki saya, dan saya mengambil postinor dalam msa 24 jam tetapi saya mengambil postinor pada hari yang sebelum saya datang bulan, saya juga telah menjalankan pregmancy test dan keputusanya adalah negatif, saya amat bingung dan takut jika saya telah mengandung lagi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hi. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Untuk makluman anda pil perancang kecemasan perlu diambil dan digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
- Dianggarkan bahawa ia akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
- Antara kesan sampingan pil tersebut ialah mual/loya, muntah dan mengubah kitaran haid. Haid lewat anda mungkin disebabkan kesan sampingan pil tersebut.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.