Sulit

4 tahun

Saya asyik melakukan perkara berulang kali sehingga menganggu kehidupan seharian saya

Saya seorang wanita remaja 18 tahun. Saya suka memeriksa suis yang telah saya gunakan seperti suis tandas, elektrik walaupun kadang-kadang saya tidak menggunakan suis tersebut. Saya akan ulang alik untuk memeriksa suis. Kadang2 walaupun saya tahu lampu/suis memang sudah dipadamkan, saya tetap ingin memeriksa lagi untuk memuaskan hati yang gelisah.Saya juga sering memeriksa pintu kerana takut belum dikunci dengan betul. Sama seperti di atas, saya tetap akan periksa lagi walaupun saya tahu pintu memang telah dikunci. Saya selalu spend banyak masa di depan stove dapur kerana takut jika saya terlupa untuk menutup api. Walaupun saya telah melihat tiada api pada stove, saya tetap akan memusing tombol api yang sememangnya sudah tutup. saya juga akan memerhati stove tersebut dengan lama.saya sering lambat ke sekolah kerana memeriksa stove di dapur sebelum ke sekolah. Kadang-kadang di sekolah,saya tidak dapat fokus belajar kerana memikirkan sama ada saya sudah menutup api walaupun sudah berkali-kali memeriksa. Saya pernah tidak dapat tidur nyenyak kerana gelisah memikirkan tentang stove di dapur sehinggakan jantung saya berdebar-debar dan laju.Saya juga sering overthink dengan memikirkan benda negatif akan terjadi pada saya sebelum saya melakukan sesuatu.
Jika menggunakan hand sanitizer, saya akan guna lebih dari sekali kerana risau kuman masih melekat pada tangan.Apakah yang harus saya lakukan?

Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Berdasarkan kenyataan anda, masalah sedemikian boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan seperti:

  • kurang rehat
  • kegelisahan (anxiety)
  • stres berlebihan
  • obsessive compulsive disorder

Kami sarankan anda mencuba beberapa teknik berikut:

  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Luahkan perasaan kepada orang yang anda selesa dan percaya mengenai masalah anda
  • Lebihkan senaman atau melakukan aktivti sukan. Ia dapat membina keyakinan diri secara langsung
  • Kawal emosi dengan melakukan hobi yang baharu dan menarik perhatian anda bagi memberi tumpuan dan matlamat baharu bagi anda daripada melayan karenah stres dan kemurungan.
  • Dapatkan nasihat atau kounseling daripada pihak kounseling serta pakar yang berdekatan.
  • Elakkan perkara-perkara yang negatif yang boleh mengganggu emosi anda

Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.

Anda juga boleh berjumpa dengan doktor yang berdekatan bagi mendapatkan ubat-ubatan mengawal gejala anda sekiranya perkara ini berlarutan. Namun, ubat-ubatan tersebut harus didapatkan melalui perskripsi yang sah daripada doktor anda setelah menjalani ujian kesihatan yang berpatutan.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, sila klik pada link ini ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.

Anda memerlukan khidmat nasihat mengenai masalah dan kesihatan mental? Doktor pakar psikiatri kami boleh membantu anda.

AdobeStock_116742283

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)