
Sulit
4 tahun
Saya baru ambil injection depo
pada 7/2/21 dan pada ari ini saya dan suami bersama , dia terpancut dalam sedikit katanya… adakah sya boleh hamil doc ? dan macam mana cara kira haid selepas ambil injection ini? tolong jawab ya… thanks

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Untuk pengetahuan anda, suntikan ini akan memberikan keberkesanan sewaktu anda mendapat suntikan tersebut dan tidak melebihi 7 hari untuk ia berkesan. Jika anda telah mendapat suntikan pada 7 hari pertama sewaktu haid anda, anda akan dilindungi daripada kehamilan serta merta.
Walaupun suntikan tersebut mempunyai keberkesanan 99% untuk mencegah kehamilan tetapi risiko untuk kehamilan masih ada. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.