Sulit
6 tahun
Saya baru bersama suami dan sya trlupa mkn pil perancang jika ianya slps 12 jm pil apa yg sya ptut mkn
Sya berumur 27
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, anda hanya perlu mengambil pil perancang tersebut secepat yang mungkin dan mengambil ubat seterusnya pada masa yang sama.
Walaubagaimanapun, terdapat perkara yang perlu dilakukan jika:
Anda lupa untuk mengambil pada minggu pertama
- ambil pil perancang kecemasan dalam masa 72 jam bersama pil diatas.
Minggu kedua - Pasangan anda disarankan untuk menggunakan kondom selama 7 hari.
Minggu ketiga - Pasangan anda disarankan untuk menggunakan kondom selama 7 hari dan terus ambil pek pil perancang yang baru. Ini bermakna, tiada hari yang anda tidak ambil pil perancang lansung.
Walaupun ubat ini boleh didapati di farmasi, saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut tentang keperluan untuk anda mengambil ubat ini.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































