
Sulit
3 tahun
Saya baru keluar hospital sebab jangkitan covid 19 stage 4, dan telah dibekalkan ubat prednisolone
Boleh ke saya ambil vaksin atau perlu tunggu 90 hr baru boleh ambil…
Sy juga mengalami bengkak pergelangan kaki, dan sakit sendi, adakah disebabkan ubat ni…dan ape yg perlu sy lakukan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, vaksin Covid-19 adalah selamat, berkesan dan stabil. Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) dalam persidangan 8 Julai 2021 telah memutuskan bahawa bekas pesakit COVID-19, iaitu individu yang telah pulih daripada jangkitan virus SARSCoV-2 tidak perlu menunggu selama tiga (3) bulan untuk menerima suntikan vaksin.
Prednisolone adalah sejenis corticosteroid. Ia digunakan untuk masalah keradangan atau alahan. Antara kesan sampingannya adalah peningkatan berat badan, hipersensitif, simptom kushingoid serta osteoporosis.
Namun begitu, kami menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta tindakan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini