
ayyanfayyadh
4 tahun
Saya baru lepas bersalin secara emegency caesaran 4 bulan lepas..dan sekarang saya termengandung lagi..?adakah mmg tiada pluang untuk saya teruskan kandungan ini..?adakah kandungan ini terlalu berisiko utk saya n baby..?
saya baru lepas bersalin secara emegency caesaran 4 bulan lepas…dan sekarang saya termengandung lagi…?adakah mmg tiada pluang untuk saya teruskan kandungan ini…?adakah kandungan ini terlalu berisiko utk saya n baby…?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami keresahan & kebimbangan anda tentang situasi yang dihadapi. Untuk pengetahuan puan juga, sememangnya menurut konsensus umum, jarak kehamilan yang digalakkan adalah 2 tahun di antara kehamilan.
Saya sarankan puan untuk pergi ke klinik/hospital berdekatan dan membuat saringan untuk memastikan apakah benar terjadi kehamilan dan apakah terdapat risiko sekiranya kehamilan dilanjutkan. Berdasarkan SOP umum hospital di Malaysia, indikasi bagi menggugurkan kandungan termasuk:
- sekiranya kehamilan memudharatkan kesihatan si ibu
- sekiranya kehamilan memudharatkan kesihatan si bayi
- sekiranya bayi yang dilahirkan mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan kematian, dll.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar pelan kesihatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar puan mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Tambahan lagi, puan boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.