Sulit
2 tahun
Saya bekas pesakit covid, hari nie hari ke 24, hidung masih tersumbat Dan selesema
Saya mudah selesema, masa covid hidung tersumbat teruk sehingga sekarang, sudah rujuk klinik Dan diberi ubat semburan Dan selesema, masih belum berkurang, adakah sy perlu rujuk hospital
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertnyaan anda.
Untuk makluman anda, simptom yang anda alami adalah gejala pasca Covid-19. Antara gejala lain adalah:
- Keletihan
- Sesak nafas
- Batuk
- Sakit sendi
- Sakit dada
- Masalah peringatan dan daya fokus
- Sakit kepala
- Jantung berdegup laju
- Hilang deria rasa dan bau
- Kemurungan atau keresahan
- Demam
- Pening kepala
- Gatal badan
Simptom pasca Covid-19 berlaku sehingga minggu ke-12. Jika melebihi tempoh ini, ia dikenali sebagai long-covid. Kami menyarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor anda atau pakar kesihatan kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini