
Sulit
4 tahun
Saya bersalin czer dan kini hamil lagi
Saya bersalin czer pada tahu 2019 dan umur anak saya sekarang 1 tahun 4 bulan…dan sekarang saya sedang mengandung saya nak tanye apakah selamat untuk saya teruskan kandungan saya? tolong bantu saya…saya dalam tekanan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan oleh pihak puan.
Pertama sekali, kami ingin mengucapkan tahniah atas ujian kehamilan puan yang positif.
Kami memahami kebimbangan puan atas ujian kehamilan positif ini juga kerana telah melahirkan anak sebelum ini dengan Caesarean section dan jaraknya agak dekat.
Sememangnya kandungan ini adalah kandungan yang sedikit ber-risiko ketika hendak melahirkan anak kerana puan perlu melahirkan anak ini dengan Caesarean section lagi. Puan boleh melahirkan anak ini dengan cara biasa tetapi risiko darah tumpah dan struktur rahim menjadi rosak adalah tinggi.
Namun oleh kerana puan telah hamil, sebaiknya puan meneruskan kandungan tersebut sekiranya kandungan puan tidak menjejaskan kesihatan anda.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.