
Sulit
3 tahun
Saya berumur 15 tahun dan saya sering sakit dada , dan kadang degupan jantung saya laju sehingga diri saya penat dan tangan kaki saya lenguh
Sudah 3 bulan saya mengalami macam ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah jantung
- Tekanan darah rendah
- Anemia (kurang darah merah di dalam badan)
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam badan)
- Masalah kelenjar tiroid
- Masalah psikologi:
- Kurang rehat
- Keresahan (anxiety)
- Kemurungan (depression)
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Perkara dan gejala yang dialami oleh anda memerlukan perhatian segera oleh anda dan juga doktor. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.