
Sulit
3 tahun
Saya berumur 22 tahun ada masalah dengan perut
Saya berumur 22 tahun dan saya merupakan seorang yang mengalami masalah gastrik sejak tahun lepas namun kebelakangan ini masalah menjadi lebih teruk apabila saya akan jadi sakit teruk dan angin dalam perut bila makan daging lembu namun bila makan isi ayam atau ikan tidak alami masalah sakit perut atau angin adakah ini masalah serius?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan di atas, kami memahami anda mempunyai sejarah sakit gastrik sejak tahun lepas. Kini setiap kali anda makan daging, perut anda akan berasa sakit dan tidak selesa. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, daging merah merupakan sumber protein yang mempunyai kandungan lemak agak tinggi. Ia juga mengambil masa untuk dihadamkan. Masalah sakit perut dan kembung yang anda alami boleh disebabkan:
- Gastrik
- GERD
- Ulser perut
- Kanser perut
- Stres
Senarai di atas hanyalah diagnosis umum. Diagnosis serta nasihat rawatan tepat tidak dapat diberikan kerana tiada perincian simptom, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Kami hanya boleh menasihati agar anda makan dengan kuantiti yang lebih sedikit, tidak terus baring selepas makan serta perbanyakkan pengambilan buah atau sayur.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi