
Sulit
3 tahun
Saya berusia 19 tahun dan sejak kecil saya ada eczema
Hai,saya ingin bertanya tentang kulit saya. Saya ada eczema sejak kecil dan sebelum ni saya pergi ke klinik kulit kerana badan saya gatal² dan tumbuh tompok putih dan doc tu cakap kulit saya ada kulat yang banyak, dan selepas itu saya dah sembuh dan sekrang sya punya kulit secara tibe ii tumbuh bintik ii kecil berwarna merah dan gatal, apa perlu saya buat? Adakah kulat itu ada pada kulit saya kembali? Bintik ii kecil itu tumbuh di sekitar leher saya, saya tidak tau punca nya terjadi disebabkan apa, adakalanya saya berfikir benda itu ada di leher saya kerana cuaca yang panas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah kulit gatal yang anda alami dan ia berlaku dengan kerap. Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, ekzema merupakan penyakit kulit autoimun di mana kulit akan menjadi merah, bersisik, kering dan gatal.
Terdapat juga beberapa keadaan di mana ia boleh menyerupai ekzema:
- Kulit sensitif
- Kulit terdedah kepada racun atau bisa tumbuhan
- Jangkitan kulit
- Psoriasis
- Reaksi alahan
Maklumat lanjut mengenai gejala yang dialami perlu diketahui dan pemeriksaan juga perlu dilakukan terhadap anda. Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.