Sulit
3 tahun
Saya buang air besar dan banyak darah keluar
Hello Doktor, sy Juhi berumur 16thn…sjak 5 bulan yg lalu hingga, stiap kali sy buang air besar bahagian lubang terasa sngat sakit&pedih…bukan itu shja, selepas buang air besar ada benjolan kecil seperti bengkak pada bahagian lubang…dan pada pagi kelmarin/semalam, sy buang air besar dan terlihat banyak sekali darah yang keluar…pada permulaannya saya berfikir sy datang bulan tapi bila cek balik belum lagi…darah itu datang dari lubang, sehingga sekarang saya sangat risau😭…tolong bantu sy dok, bukan saya tak mau pergi hospital/klinik tpi sy nak tau dengan doktor dulu apa sebenarnya penyakit macam ni…semoga doktor boleh terangkan sepenuhnya😊
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu buang air besar berdarah. Untuk makluman anda, gejala seperti yang anda nyatakan di atas dapat berpunca oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Luka anus
- Abses dubur
- Buasir
- Divertikulum
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
- Keradangan anus
Memandangkan gejala sakit membuang air besar yang anda alami telah lama, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan susulan sekaligus rawatan yang tepat.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih