
Sulit
4 tahun
Saya cepat rimas secara tiba tiba
Saya seorang perempuan berumur 13 tahun.Saya telah merasakan bahawa diri saya terlalu cepat rimas dan kuat hati untuk marah walau masalah hanyalah kecil.Saya juga cepat panic dan memikirkan perkara negetif seperti putus asa untuk belajar.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami bahawa anda mengalami gangguan stres dan emosi yang berlaku terhadap anda. Menurut dari situasi anda, punca gangguan stres anda berkemungkinan besar disebabkan oleh persekitaran anda yang tidak sihat dan ceria. Oleh itu, kami sarankan anda berbuat demikian bagi menangani gejala stres dan gangguan emosi anda iaitu:
- Luahkan perasaan dengan segelintir keluarga atau rakan yang memahami. Lebihkan luahan masa dengan mereka bagi mendapatkan aura yang positif dari mereka yang sedia untuk menjadi peneman.
- Lebihkan senaman atau melakukan aktivti sukan. Ia membantu membina keyakinan diri secara langsung.
- Kawal emosi dengan melakukan hobi yang baharu dan menarik perhatian anda bagi memberi tumpuan dan matlamat baharu bagi anda daripada melayan karenah stres dan kemurungan.
- Amalkan kepercayaan masing-masing bagi membina kerohanian diri demi keyakinan yang diinginkan.
- Dapatkan nasihat atau kounseling daripada pihak kounseling serta pakar yang berdekatan.
- Elakkan perkara-perkara yang negatif yang boleh mengganggu emosi anda serta perkara yang boleh menghancurkan masa depan anda.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami juga ingin menasihati anda agar untuk sentiasa berkeyakinan diri dan selalu berfikiran positif dalam menangani masalah anda, serta sentiasa mengambil kesempatan peluang atas perkara yang boleh mengubah hidup anda ke arah kejayaan. Seharusnya anda juga boleh berjumpa dengan pihak kounseling bagi mendapatkan nasihat yang diperlukan untuk anda. Anda juga boleh berjumpa dengan doktor yang berdekatan bagi mendapatkan ubat-ubatan mengawal gejala stress sekiranya perkara ini berlarutan. Namun, ubat-ubatan tersebut harus didapatkan melalui perskripsi yang sah daripada doktor anda setelah menjalani ujian kesihatan yang berpatutan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Sekiranya anda mengalami kecederungan untuk membahayakan orang sekeliling atau diri sendiri, anda boleh klik pada laman web ini atau anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 dengan kadar yang segera.
Terima kasih.