
keciksha62
5 tahun
Saya cirit birit lebih dari 7hari dan gastrik
saya wanita…berumur 23 tahun .saya memang ada gastrik dari kecil. tp baru2 ini sy ada masalah kesihatan…rasa mcm gastrik tp cirit birit non stop…sy sudah pergi ke hkl dokter ada bagi ubat tahan berak…masalh sya di sini perut gastrik suda kurang tp cirit birit non stop berwarna kuning nak dekat 7hari jugak sy cirit birit setiap kali nak cirit tu mesti perut saya rasa memulas mcm berbuih …lps tu mmg wajib sy lari masuk toilet kalau lambat sikitt hbss la…mcm mne tu dokter perlu kee sy percaya pada google mengatakan masalah sy ni mungkin kanser usus laa apa lah bole percaya ke…mohon pencerahan daripada dokter tentang masalh sy…terima kasih😊

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Secara umum, penyebab gejala yang anda alami dapat terdiri atas beberapa perkara, seperti:
- Gastritis kronik apabila terjadi keradangan lapisan dalam perut
- Gastroesophageal refulx disease (GERD) apabila asid perut naik sehingga melukakan dinding esofagus
- Inflammatory bowel disease
Terdapat ubatan yang boleh diberikan untuk mengatasi asid perut yang naik. Akan tetapi, mengkonsumsi ubatan sahaja tidak cukup untuk mengubati penyakit ini. Sebaiknya dilakukan perubahan gaya hidup dan gaya makan untuk meningkatkan efektivitas ubat. Antara beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini adalah:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
- berhenti merokok atau vape
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.