
Sulit
4 tahun
Saya cuak sgt bila bab makan ubat :joy:mcm2 dipikirkan
Normal ke makan ubat , jantung berdegup laju? saya memang takut nak makan ubat.mcm2 saya fikir.termasuklah takut tercekik ubat. Lagi2 klu ubat tu besar.berdegup laju bila nak makan ubat dalam mod takut.tapi lepas 1minit degupan jantung tu kembali normal.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Namun, kami memerlukan maklumat yang lebih lanjut daripada anda sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Bagaimanapun, untuk makluman anda, gejala jantung berdebar dan laju boleh disebabkan oleh:
- Sangat tertekan
- Cemas dan panik
- Hamil
- Mengambil ubat yang merangsang jantung
- Penyakit hipertiroidisme
- Mempunyai masalah jantung yang lain seperti “arrhythmia”, kecacatan jantung, serangan jantung atau pernah melaui pembedahan jantung.
Anda dinasihatkan untuk menarik nafas dan tenangkan diri dahulu sebelum memakan ubat. Jangan bimbang dan khuatir. Dengan cara ini ia akan dapat mengurangkan tekanan dan rasa cemas yang dialami oleh anda.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Jantung berdebar boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi